Tampilkan postingan dengan label fazira. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label fazira. Tampilkan semua postingan
Jumat, 28 Februari 2014
Tolong Hentikan Fitnah Masalah Rumah Tangga Erra Fazira
Salam semua,

selengkapnya
Tolong Hentikan Fitnah Masalah Rumah Tangga Erra Fazira
Tolong Hentikan Fitnah Masalah Rumah Tangga Erra Fazira! Itulah yang Erra Fazira harapkan daripada semua peminatnya. Ini kerana jika kita tidak tahu kisah sebenar jadi janganlah membuat fitnah atau mereka-reka cerita.
Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.
Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.
Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.
"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.
"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.
Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.
Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.
"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan. [Mstar Online]
Jumat, 31 Januari 2014
‘Gosip Saya Dengan Erra Fazira Sangat Lucu’

AKTOR Amar Baharin menganggap gosip hangat yang mengaitkan dia mempunyai hubungan dengan pelakon Erra Fazira merupakan satu cerita kelakar yang tidak sepatutnya timbul.
Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 28, berkata, dia tidak layak untuk digosipkan dengan pelakon hebat seperti Erra kerana status mereka yang berbeza.
“Sungguh pun ia hanya gosip tetapi nama saya tidak layak untuk disebut sebaris dengan pelakon terkenal seperti Erra dan saya sebagai pendatang baru dalam industri sangat menghormatinya.
“Kadang-kala apabila difikirkan, gosip itu sebenarnya kelakar dan saya tidak faham mengapa ada pihak yang ingin timbulkan isu yang tidak pernah terjadi,” katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.
Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, walaupun gosip berkenaan sedikit menjejaskan karier lakonannya namun hidup perlu diteruskan kerana dia sedar ia adalah perkara yang harus dilaluinya sebagai seorang artis.
Bagaimanapun jelas Amar, dia tidak mahu dilabel sebagai artis yang ingin mengejar populariti apabila timbul gosip berkenaan.
“Gosip itu tidak benar sama sekali dan saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkannya dan bimbang juga orang ingat saya pula yang reka-reka cerita sebab nak kejar populariti,” tuturnya.
Dalam pada itu, Amar berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan pelakon itu malah baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Shopaholic arahan Erma Fatima.
Kata Amar, gosip itu langsung tidak memberi kesan kepada kerjasama mereka malah dia sangat menghormati sikap profesional pelakon itu.
“Cerita yang tersebar bukan benar dan tiada masalah untuk kami berlakon bersama dan ia tidak memberi kesan dan perasaan janggal langsung tidak wujud ekoran gosip itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Amar berkata, selain Shopaholic dia juga bakal tampil dalam dua buah lagi drama arahan pengarah sama iaitu Ketika Cinta Merintih dan Mat Kental yang menjalani penggambaran di sekitar Eropah. – mStar
Langganan:
Postingan (Atom)