Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label hadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hadi. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Hadi Pas dapat untung kerjasama dengan DAP

sinar harian
13 Oktober 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan tinjauan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
  
Beliau berkata, kerjasama dengan DAP memudahkan Pas menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia.
  
"Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP ... kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum Pas keluar pada 1978.
  
"Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita.
  
Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini, hari ini.
 
Media hari ini melaporkan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,  Pas memerlukan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  
Kerjasama itu mengundang pelbagai kritikan daripada akar umbi Pas sendiri antaranya daripada Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.
  
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan DAP adalah berlandaskan tahaluf siyasi (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama Pas.
  
"Pas hanya kerjasama dengan DAP memerangi kezaliman dan tegakkan kebenaran untuk rakyat. Pas tidak kerjasama sampai kita sama buat perkara ditegah Islam. DAP bukan Islam itu terpulang dia, kalau orang Islam Pas ikut buat (perkara yang ditegah agama) kita buang (mereka daripada parti), jangan mari sini doh (jangan merayu untuk kembali menyertai Pas)," katanya.
  
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu Kabinet bayangan pembangkang, beliau berkata perkara itu hanya bayangan dan Pas tidak bergantung kepada bayangan untuk memperkuatkan parti itu.
  
"Bila sebut bayangan tak perlu saya komen, Pas tidak mahu keliru dengan bayangan ini," katanya.
  
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kabinet bayangan itu helah pembangkang mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka. - Bernama
selengkapnya

Selasa, 11 Maret 2014

Dewan Ulama Keluarkan semula Amanat Hadi

28 December 2012


sinarharian

KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.
Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.
Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.
Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.
Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.
”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.
"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.
“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.  
selengkapnya