Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Ajal jatuh kondo

Ampang: “Arwah sering ke rumah saya kerana dia sangat rapat dengan kakaknya iaitu isteri saya.

“Malah, rumah saya juga tempat pertemuan dia dan empat anaknya yang dijaga bekas suami.

“Dia mengalami tekanan jiwa kerana menghadapi masalah rumah tangga dan sudah bercerai lebih dua tahun lalu,” kata penceramah terkenal Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 46.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.

AHLI keluarga menunggu di bilik mayat PPUKM.

DR Mohd Ridhuan

Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.


Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.

“Saya dijemput menyampaikan kuliah, tetapi sebaik mendapat berita mengejutkan itu, saya bergegas pulang ke rumah. Adik ipar saya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya menghubungi polis dan ambulans sebelum mayatnya dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat,” katanya turut memberitahu adik iparnya itu datang ke rumahnya sejak Jumaat lalu.

Katanya, sebelum kejadian, beliau keluar rumah jam 5.30 pagi untuk ke masjid berkenaan dan hanya isteri, dua anak serta mangsa tinggal di rumah.

Beliau berkata, kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR). 


selengkapnya

Senin, 17 Februari 2014

Pesawat Milik Korea Selatan Jatuh di San Francisco 60 Penumpang Hilang

  7 Jul 2103
San Francisco - Pesawat Asiana Airlines milik syarikat penerbangan Korea Selatan jatuh terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Internasional San Francisco. Seratus  lebih penumpang mengalami luka dan dua terbunuh.

"60 penumpang masih belum ditemui," kata anggota bomba  yang dilibatkan dalam pencarian dan  penyelamatan, Joanne Hayes, seperti dilansir AFP, pada  7/7/2013 .

Dia masih belum boleh memastikan, apakah keenampuluh penumpang itu terbunuh dalam kecelakaan atau pun meninggalkan pesawat pasca menghantam landasan, sebelum petugas evakuasi tiba di lokasi kejadian.

Tim evakuasi mencatat dua korban meninggal dalam kecelakaan itu. Sementara 130 korban mengalami luka. Asiana mengangkut 291 penumpang dan 16 kru.

Salah seorang saksi berkata bahawa pesawat tersebut tadinya mendarat dengan lurus sebelum badan pesawat oleng dan akhirnya terbakar dan mengeluarkan asap tebal.

"Aku belum pernah melihat hal seperti itu sebelumnya." ungkap Adrian John Mirabueno yang juga seorang mekanik pesawat di airport tersebut.

"Kami melihatnya membentur landasan dan ekor pesawat hancur." ujar saksi   lainnya, Jennifer Sorgen.
 detikNews
selengkapnya