Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label kuda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuda. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Video Anggota Tentera Thai Menari Tarian Kuda


[Video] Anggota Tentera Thai Menari Tarian Kuda
[Video] Anggota Tentera Thai Menari Tarian Kuda - BANGKOK : Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam.
Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu.
Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu.
Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS).
Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun.
Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber. – Agensi


selengkapnya

Minggu, 02 Maret 2014

Festival Bergusti dengan kuda

 Rapa das Bestas yang memiliki arti "tanam binatang," merupakan tradisi yang cukup terkenal di Negeri Matador. Pertandingan gusti  itu sudah ada 400 tahun yang lalu.
Kuda-kuda di festival itu didatangkan dari Pergunungan Galicia, yang terletak di wilayah utara Sepanyol. Mereka pun diumbar, setiap peserta gulat itu langsung menerjang kuda-kuda itu dan membantingnya ke tanah. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (10/7/2012).

Festival itu dikecam keras oleh aktivis pencinta hewan, namun warga setempat justru mempertahankan tradisi itu. Warga menegaskan bahawa festival itu dapat membantu penyelidikan terhadap kondisi kesihatan hewan, apakah hewan itu sihat, atau sudah terjangkit penyakit.

Festival Rapa das Bestas dimulai pada Sabtu awal Julai lalu dan dimulai pada pukul 07.00 pagi. Para pelancung juga diperbolehkan untuk menyaksikan gulat itu, namun hanya warga setempat yang diperbolehkan menjadi aloitadores. Usai festival itu digelar, kuda-kuda itu akan digiring kembali ke alamnya di wilayah pergunungan.

Untuk menjatuhkan seekor kuda, tiga orang lelaki (aloitadores) diminta untuk bahu-membahu. Yang pertama harus memegang punggungnya, sementara itu yang lain memegang leher, dan ekor kuda tersebut. Setelah itu, mereka pun harus membanting kuda itu ke tanah.


















selengkapnya