Social Icons

Pages

Jumat, 14 Maret 2014

Indonesia Urutan No 02 Dihantam Asteroid

Indonesia Urutan No.02 Dihantam Asteroid - Bukan bermaksud menakut-nakuti, seperti kita tau bencana dapat terjadi sewaktu-waktu dan kita tidak dapat memprediksinya, apalagi di negara kita ini yang sudah biasa atau bahkan menjadi langganan bencana-bencana alam misalnya gempa bumi dan lain sebagainya. Tidak menutup kemungkinan bencana yang terjadi datangnya dari luar angkasa sana, meteorit atau asteroid merupakan ancaman terbesar bagi bumi, terutama Indonesia berada pada urutan No.2.


Hasil penelitian dari Nick Bailey dan kawan-kawannya dari University of Southampton’s School of Engineering Sciences menunjukkan dua hal penting.
Pertama, ancaman bumi ditabrak sebuah asteroid semakin diterima sebagai bahaya bencana alam tunggal terbesar yang dihadapi oleh umat manusia.
Kedua, sepuluh besar negara yang paling berisiko adalah China, Indonesia, India, Jepang, Amerika Serikat, Filipina, Italia, Inggris, Brazil dan Nigeria.
Pertanyaannya, apakah benar asteroid merupakan bencana alam tunggal terbesar bagi manusia? Stephen Hawking, ilmuwan kondang dunia berpendapat bahwa salah satu faktor utama dalam kemungkinan kelangkaan kehidupan cerdas di galaksi kita disebabkan oleh tingginya probabilitas asteroid atau komet bertabrakan dengan planet.
Hawking menunjukkan dalam bukunya “Life in the Universe di mana terjadi benturan komet Schumacher-Levi dengan Yupiter yang mengtinjauankan serangkaian bola api besar, dengan tinggi ribuan kilometer yang melontarkan “gelembung” panas hitam di atmosfer selama beberapa minggu.
Bayangkan jika di planet Yupiter ada penduduknya seperti di bumi, apa yang akan terjadi dengan mereka? Sekalipun di Yupiter ada penduduk yang memiliki keecerdasan tinggi, maka sangat kecil kemungkinannya mereka bisa survive.
Bagaimana dengan sejarah asteroid yang menghantam bumi? Sekitar 60 juta tahun yang lalu, terjadi katastrofi besar sehingga mahluk raksasa seperti dinosaurus juga musnah.
Dengan demikian, kita sangat beruntung karena berkembangnya kehidupan cerdas di bumi hanya mungkin terjadi karena tidak ada tabrakan besar dalam 60 juta tahun terakhir. Menurut berbagai simulasi tabrakan asteroid kecil dengan diameter hanya 1 km saja yang dibuat dengan software NEOimpactor, ada 10 negara yang paling besar risikonya dan Indonesia menempati urutan kedua di dunia.
Saat galaxy kerdil Sagitarius melintasi tata surya kita setiap 250 juta tahun maka saat itu terjadi kepunahan spesies yang ada di bumi, tidak mustahil dalam dua tahun ke depan 2012, akan lebih banyak komet menghantam bumi.
Jika demikian halnya, Indonesia harus bersiap-siap diri karena tidak mustahil 200 juta rakyat Indonesia akan musnah dan bukan hanya saja negeri besar kita menjadi sejarah, tetapi lebih buruk lagi, yaitu dilupakan sejarah.
selengkapnya

Kamis, 13 Maret 2014

Gambar2 Pra Perkahwinan Jaguh Badminton No 1 Negara Dengan Pasangannya

 


Tahniah Dato Lee Chong Wei kerana akhirnya menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya. Gambar-gambar kahwin outdoor Photo-shot koleksi peribadi Lee Chong Wei.

Kepada peminat Dato Lee Chong Wei buleh la tunggu gambar gambar yang menarik sempena majlis kahwin Lee Chong Wei. 

Mesti majlis kahwin LCW ni Grand dan antara majlis paling meriah di kalangan selebriti sukan Malaysia. 



Ini adalah tempat yang dikatakan Dato Lee Chon Wei dan pasangan Wong Mew Choo mengadakan majlis Pra Perkahwinan mereka. Kat mana ni??? Saper tahu?
SEDAKASEJAHTERA
selengkapnya

Malaysia tidak perlukan dakwat kekal cukup dengan IC kata Ku Nan Pulak dah !!

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 27, 2013
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata negara ini pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen yang kemudiannya telah dipersetujui.

"Kita tak perlukan dakwat kekal ... untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga. Kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti.
"Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan bahawa sebab dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya adalah bagi memastikan keselamatan rakyat.

Kata beliau, ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti yang digunakan di India, yang memberi kesan yang merbahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut. Sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini berkata mereka menggunakan "silver nitrate" dalam dakwat kekal dan memberi alasan bahawa pengurangan kandungan tersebutlah yang merupakan punca kemelut kebertahanan dakwat kekal yang digunakan itu.

Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal ialah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.

Dalam jawapan bertulis lagi, Shahidan juga memberitahu dewan sejumlah RM6.9 juta dibelanjakan untuk penggunaan dakwat kekal di samping perbelanjaan tambahan RM200,000 meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7.1 juta.

Shahidan turut berkata SPR tidak bercadang untuk memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan.
Pakatan Rakyat menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam PRU13.

Isu dakwat kekal yang boleh ditanggalkan adalah antara penipuan SPR yang didakwa oleh PR. Malahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Malahan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit. - 27 Jun, 2013.TMI
selengkapnya

Cara Jitu Menghilangkan Jerawat Secara Alami

Untuk sebagian orang jerawat adalah masalah yang besar, terutama wanita mereka selalu ingin tampil sempurna dimana dan kapan pun tanpa adanya sedikit nodapun di wajahnya. Tapi pada kenyataannya beberapa dari wanita kesulitan untuk menghilangkan jerawat. Ini yang membuat mereka selalu berburu kosmetik yang bisa membantu menghilangkan jerawat, padahal jika tidak cocok maka akan lebih berbahaya dan membuat jerawat bertambah banyak lagi. Namun tidak usah bingung kali ini Janelabu mau kasih tipsnya semua untuk kalian yang ingin Menghilangkan Jerawat Secara Alami. Berikut ini caranya :

Cara Jitu Menghilangkan Jerawat Secara Alami

Cara Menghilangkan Jerawat

1. Jeruk nipis
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Jeruk nipis Sangat mudah,yaitu campurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian oleskan di wajah. biarkan kira-kira 15 menit. Jika sudah, bilas dengan air hangat. Jeruk nipis Bisa digunakan untuk mengobati jerawat karena mengandung citric acid. citric acid sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang bisa menyebabkan jerawat. lakukan ini dengan rutin dan konsisten selama kurang lebih 15 hari dan lihat tinjauannya.
2. Putih Telur
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Putih Telur juga bisa. Pertama pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya. Kocok dan oleskan ke wajah kemudian diamkan selama 15 menit. Putih telur dapat digunakan untuk mengurangi minyak di wajah yang yang bisa menjadi pemicu jerawat.
3. Pasta Gigi
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pasta Gigi mungkin juga bisa dicoba. Pasta gigi yang digunakan atau yang bisa kita pakai untuk mengobati jerawat adalah yang berbentuk pasta bukan jell. Tinggal Oleskan pasta gigi ke jerawat dan bagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Kemudian Biarkan sampai pagi hari.
4. Tomat
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Tomat juga bisa. Buah ini sangat ampuh untuk menghilangkan komedo hitam(blackheads). Caranya cukup mudah, Buah tomat dibelah jadi dua,kemudian di usap-usapkan kewajah yang berjerawat. Diamkan sampai 1jam kemudian bilas sampai bersih.
5. Bawang Putih
Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih adalah hal sangat mudah diantara cara-cara yang lain. Tumbuk atau diiris bawang putih tadi, kemudian usapkan pada wajah yang berjerawat, tunggu hingga beberapa menit dan bilas sampai bersih

Aktifitas yang di lakukan saat ingin menghilangkan jerawat :

  • Mencuci wajah 2 kali sehari bisa menghilangkan jerawat
  • Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda mungkin akan menghilangkan jerawat
  • sebisa mungkin hindari kosmetik yang berminyak untuk menghilangkan jerawat.
  • Keringkan wajah kita dengan handuk yang bersih setelah cuci muka atau mandi, karena bakteri juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.
  • Minum air putih minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.
  • Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan berarti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.
  • selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur dengan mencuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.
  • Sering-seringlah makan sayur dan buah.
  • Tidur yang cukup dan teratur.
Demikian artikel mengenai "Cara Menghilangkan Jerawat Secara Alami" semoga tips ini berguna untuk kalian semua dan semoga jerawatnya cepat hilang.
selengkapnya

FBI Nafi Krisis Dengan Hot FM

FBI Nafi Krisis Dengan Hot FM | Faizal Ismail hari ini menafikan tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut di Hot FM sebelum ini disebabkan krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.
FBI Nafi Krisis Dengan Hot FM

Tambah beliau, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.

"Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.

"Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal tinjauan usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.

"Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis.

"Selain itu juga, buat masa ini saya dalam proses membuka kedai motosikal perbagai jenis yang mana saya melihat potensi terhadap bidang itu sangat bagus," katanya.

Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada ini, Jumaat (15 November 2013).

Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan.

"Saya takut kalau saya merindui kerja ini, jadi saya terima tawaran Hot FM yang memberikan saya untuk mengendalikan segmen pada hujung minggu sahaja," katanya.

Ditanya apa yang benar-benar membuatkannya mahu keluar daripada bidang tersebut, Faizal berkata, dia tidak mahu berada di tahap yang sama dalam tempoh yang panjang.

"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya.

"Ini semua bukan kerana duit dan pendapatan tetapi kepuasan terhadap pencapaian diri saya sendiri," katanya.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

sumber:
selengkapnya

Rabu, 12 Maret 2014

Adam Levine Maroon 5 Pekerjakan Asisten Rumah Tangga Asal Indonesia

Adam Levine Maroon 5 Pekerjakan Asisten Rumah Tangga Asal Indonesia

Sosok vokalis Maroon 5, Adam Levine, membuat heboh sejumlah pengguna sosial media di Indonesia, karena beredarnya sebuah foto.

Di foto tersebut, Adam Levine tampak berpose dengan seorang wanita Indonesia yang disebut-sebut dipekerjakan sebagai asisten rumah tangga.

Dalam keterangan foto tersebut, disebutkan bahwa wanita tersebut bernama Ani yang merupakan domestic worker asal Indonesia.

Dalam foto tersebut, tampak Ani dan Adam Levine tersenyum bersama di dapur rumah Adam menggunakan corak baju yang sama.

Akun Twitter penggemar Maroon 5 di Indonesia juga tak ketinggalan berkomentar.
Nanti kl Mbak Ani pulang ke Indo, kita wawancara ya gmn suka dukanya kerja sm Adam Levine. *nampaknya betah bgt ya disana* ^^. - @Maroon5INDO.
Bagaimana pendapat Anda tentang hal tersebut? 
selengkapnya

PAS sudah fail dua petisyen di Terengganu

Harakahdaily, 10 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu sudah memfailkan dua petisyen pilihan raya semalam di negeri ini iaitu untuk DUN Kuala Brang dan Hulu Besut.

Menurut sumber, satu atau dua petisyen lagi akan difailkan oleh PAS di Terengganu.

(Tun Salleh dan Datuk Wan Mutalib...dua peguam yang akan mewakili PAS dalam petisyen)

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Shalahudin Jaafar kalah kepada calon BN, Nawi Mohamad sebanyak 1,570 undi di Dun Hulu Besut, Terengganu.

Shalahudin mendapat 6,314 undi manakala calon BN mendapat 7,884 undi manakala undi rosak adalah 170 dan peratusan keluar mengundi untuk Dun ini adalah 88 peratus.

Menurut peguam yang memfailkan kes ini, Saifudin Othman, pempetisyen kes ini adalah seorang pengundi bernama Mohamad Salleh bin Sidek.

Petisyen ini dikemukakan berdasarkan dakwaan rasuah yang dilakukan oleh calon BN.

"Sekumpulan peguam yang diketuai Tun Salleh Abas dan Datuk Wan Mutalib Embong akan mengendalikan kes ini bagi pihak PAS di mahkamah," kata Saifudin dari syarikat guaman Wan Mutalib & Co.

Di Dun Kuala Brang pula, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada calon BN Tengku Putera Tengku Awang dengan majoriti 449 undi.

Muhyidin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mendapat 6,468 undi manakala calon BN mendapat 6,917 undi. Undi rosak adalah 280, peratusan keluar mengundi adalah 89.40 peratus.
selengkapnya