Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Rabu, 09 April 2014

Keputusan Penuh Malaysia Vs Bangladesh 20 November 2012

malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Malam ini Malaysia akan menentang Bangladesh bagi perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan ini dijangka bermula pada pukul 8.45 p.m. Perlawanan kali ini di tempat Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil 20 November 2012.

Live streaming Malaysia Vs Bangladesh akan menyusul. Perlawanan ini siaran langsung di saluran 801 astro Arena.

Keputusan penuh perlawanan akan di update dari semasa ke semasa.

MALAYSIA (1)  -  (1) BANGLADESH
                                 Khyril Muhymeen 23’               Jahid Hasan Ameli 83’ (P)
selengkapnya

Kamis, 13 Maret 2014

Malaysia tidak perlukan dakwat kekal cukup dengan IC kata Ku Nan Pulak dah !!

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 27, 2013
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata negara ini pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen yang kemudiannya telah dipersetujui.

"Kita tak perlukan dakwat kekal ... untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga. Kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti.
"Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan bahawa sebab dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya adalah bagi memastikan keselamatan rakyat.

Kata beliau, ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti yang digunakan di India, yang memberi kesan yang merbahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut. Sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini berkata mereka menggunakan "silver nitrate" dalam dakwat kekal dan memberi alasan bahawa pengurangan kandungan tersebutlah yang merupakan punca kemelut kebertahanan dakwat kekal yang digunakan itu.

Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal ialah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.

Dalam jawapan bertulis lagi, Shahidan juga memberitahu dewan sejumlah RM6.9 juta dibelanjakan untuk penggunaan dakwat kekal di samping perbelanjaan tambahan RM200,000 meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7.1 juta.

Shahidan turut berkata SPR tidak bercadang untuk memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan.
Pakatan Rakyat menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam PRU13.

Isu dakwat kekal yang boleh ditanggalkan adalah antara penipuan SPR yang didakwa oleh PR. Malahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Malahan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit. - 27 Jun, 2013.TMI
selengkapnya

Minggu, 23 Februari 2014

Duit Syiling Berwarna Sempena Hari Malaysia


KUALA LUMPUR – Buat julung kali Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan duit syiling berwarna yang akan dijual kepada orang ramai bermula esok.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, duit itu adalah duit syiling peringatan bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

“Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) ini adalah duit syiling berwarna pertama dikeluarkan oleh BNM. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang.

“Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, BNM turut mengeluarkan 750 keping Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

Kata kenyataan itu, berat setiap keping duit syiling berkenaan 7.96 gram dan nilai muka duit syiling tersebut adalah RM100 yang akan dijual pada harga RM1,800 sekeping.

Turut diterbitkan 25,000 keping Duit Syiling Peringatan Emas Nordic dengan nilai muka duit syiling RM1 yang akan dijual pada harga RM10 sekeping.

Tambah kenyataan itu, kesemua duit syiling itu boleh juga dibeli dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1 dengan set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf manakal set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

Jelas kenyataan itu, set 3 dalam 1 akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja manakala set 2 dalam 1 dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. .

Duit syiling terbabit akan mula dijual esok di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang di sini dan pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
selengkapnya

Senin, 17 Februari 2014

Bangga Wakili Malaysia Di Festival Muzik Asia


Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai penyanyi berbakat besar, Bob Yusof yang digilap bakatnya menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim kedua.

Terbaru, penyanyi kelahiran Sarawak ini telah terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Festival Muzik Asia yang bakal berlangsung di East Wood Valley Golf & Country Club, Miri pada petang ini.

Bob menyatakan dia berasa cukup bertuah apabila dapat bersama mengadakan persembahan sebaris dengan penyanyi luar dari serantau negara Asia.

“Sebenarnya, saya berasa amat teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke acara atau konsert peringkat Asia ini. Malah, rasa cukup bertuah sekali kerana saya dapat bersama penyanyi-penyanyi dari negara-negara Asia lain dalam acara yang julung kalinya diadakan ini,” katanya memetik laporan portal Murai.

AMF merupakan 2 hari acara muzik yang menggabungkan pemuzik serta penyanyi dari negara-negara Asia seperti Indoa, Korea, Indonesia, Brunei, Filipina termasuk Malaysia.

Bob akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu rakyat dan tradisional selama 1 jam yang terdiri daripada lagu Zapin Beradat dan lagu rakyat Sarawak untuk diperdengarkan kepada hadirin yang hadir pada festival tersebut.

Apa-apa pun selamat maju jaya buat Bob!

Oleh: AUDREY LEE
selengkapnya