Tampilkan postingan dengan label che. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label che. Tampilkan semua postingan
Minggu, 16 Maret 2014
Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook
KUALA LUMPUR : Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama ‘Rozita Che Wan (RCW)’ di laman itu.
“Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.
Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.
“Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan,” katanya.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.
Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazly Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.
Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.
“Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.
“Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.
“Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.
“Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu,” katanya.
Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.
“Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini.”Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.
“Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran,” katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi. – Mstar
Sabtu, 15 Maret 2014
Che Ta – ‘Buat Majlis Untuk Kepuasan’

TERNYATA perbelanjaan besar RM200,000 yang dikeluarkan oleh pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi buah mulut ramai.
Ada yang mengatakan itu sebagai suatu pembaziran, namun ada juga yang tidak ambil pusing kerana menganggap mereka mampu mengadakan majlis besar-besaran.
Memetik kata-kata Che Ta melalui Harian Metro, dia dan Zain lebih tahu apa yang mereka lakukan.
“Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.
“Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?
“Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu,” tegasnya.
Ada kebenaran juga di sebalik kata-kata Che Ta itu. Yalah, susah-senang mereka nanti, mereka juga yang menanggungnya. Bukan orang lain, betul tak?
Oleh: ELZA
Langganan:
Postingan (Atom)