Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label majlis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label majlis. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Che Ta – ‘Buat Majlis Untuk Kepuasan’


TERNYATA perbelanjaan besar RM200,000 yang dikeluarkan oleh pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi buah mulut ramai.

Ada yang mengatakan itu sebagai suatu pembaziran, namun ada juga yang tidak ambil pusing kerana menganggap mereka mampu mengadakan majlis besar-besaran.

Memetik kata-kata Che Ta melalui Harian Metro, dia dan Zain lebih tahu apa yang mereka lakukan.

“Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.

“Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?

“Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu,” tegasnya.

Ada kebenaran juga di sebalik kata-kata Che Ta itu. Yalah, susah-senang mereka nanti, mereka juga yang menanggungnya. Bukan orang lain, betul tak?

Oleh: ELZA
selengkapnya

Minggu, 02 Maret 2014

Luahan Pengantin Baru Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam

Luahan Pengantin Baru - Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam | Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru, Hasliyana Yusuf.
Luahan Pengantin Baru - Kesal Majlis Gembira Bertukar Sejarah Hitam

Hasliyana Yusuf, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan.

“Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan.

“Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam.

Menurut bekas pelajar Politeknik Port Dickson itu, keluarganya sendiri turut mengalami keracunan sama.

“Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Manakala keluarga sebelah suami saya tidak ada yang menerima kesan keracunan itu,” katanya.

Menurut kata bapa pengantin, Yusuf Ahmad, 55, masakan yang disediakan kepada tetamu jemputan sempena kenduri itu dimasak oleh kakaknya dengan bantuan saudara-mara lain.

“Juadah yang kami sediakan ialah ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis.

“Manakala ayam yang dijadikan juadah ditempah daripada dua pembekal dan satunya membekalkan ayam yang sudah berbau,” katanya.



sumber

selengkapnya