Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hari. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

SMS provokasi beberapa hari sebelum serangan

Harakahdaily

  Foto SK, 05 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didakwa didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas SMS berupa arahan beberapa hari sebelumnya.

SMS itu didakwa menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi itu.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan kecamannya terhadap serangan itu pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung,a katanya.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan katanya, pihaknya khususnya kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

"Malangnya lebih 100 orang pemuda Umno hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah.

"Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam," katanya.

Dalam serangan malam tadi, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin (gambar bawah) cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

“Dalam suasana kecoh itu, tiba-tiba ada benda keras kena kepala saya sebelah kanan. Bila saya lihat, rupa-rupanya pasu yang baru pecah berderai.

“Cepat-cepat saya kawal pernafasan kerana saya mula rasa pening kerana banyak darah mengalir,” kata Haider dipetik Keadilan Daily, malam tadi.

Haider, yang juga ketua cawangan PAS Kampung Gombak Utara merupakan tuan rumah dimana tempat ceramah diadakan.

Beliau didakwa cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng di lokasi ceramah.
selengkapnya

Minggu, 23 Februari 2014

Duit Syiling Berwarna Sempena Hari Malaysia


KUALA LUMPUR – Buat julung kali Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan duit syiling berwarna yang akan dijual kepada orang ramai bermula esok.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, duit itu adalah duit syiling peringatan bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

“Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) ini adalah duit syiling berwarna pertama dikeluarkan oleh BNM. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang.

“Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, BNM turut mengeluarkan 750 keping Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

Kata kenyataan itu, berat setiap keping duit syiling berkenaan 7.96 gram dan nilai muka duit syiling tersebut adalah RM100 yang akan dijual pada harga RM1,800 sekeping.

Turut diterbitkan 25,000 keping Duit Syiling Peringatan Emas Nordic dengan nilai muka duit syiling RM1 yang akan dijual pada harga RM10 sekeping.

Tambah kenyataan itu, kesemua duit syiling itu boleh juga dibeli dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1 dengan set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf manakal set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

Jelas kenyataan itu, set 3 dalam 1 akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja manakala set 2 dalam 1 dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. .

Duit syiling terbabit akan mula dijual esok di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang di sini dan pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
selengkapnya

Selasa, 18 Februari 2014

Hargai Ibu Anda SELAMAT HARI IBU 9 May 2010

Kepada yang masih tidak tahu, tarikh hari ibu adalah berlainan pada setiap tahun di lain-lain negara.

Berikut adalah tarikh hari ibu bagi seluruh dunia:


9 Mei 2010
Atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain;

29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia;

22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom;

12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit;

22 Disember 2010 di Indonesia…


** http://topotato.com/2010/04/27/tarikh-hari-ibu-2010/



ucapkan selamat hari ibu kepada ibu anda, moga ianya akan memberi sedikit keceriaan kepada beliau...


Share


Follow fadah5 on Twitter
selengkapnya