Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Mengaku Anak Haram Anak Dan Ibu Sekongkol Tak Mahu Bapa Jadi Wali


Mengaku Anak Haram, Anak Dan Ibu Sekongkol Tak Mahu Bapa Jadi Wali
Mengaku Anak Haram, Anak Dan Ibu Sekongkol Tak Mahu Bapa Jadi Wali - KUALA LUMPUR : Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.
Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.
Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.
Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.
Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.
“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.
“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.
Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.
“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.
“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.
“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.
Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.
“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.
“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya.
Keluarga Wajib Bertaubat
KUALA LUMPUR : Perbuatan membelakangkan bapa sebagai wali bukan saja melanggar undang-undang keluarga Islam, malah semua pihak yang bersubahat memalsukan keterangan itu melakukan dosa besar dan wajib bertaubat.
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata selepas menerima aduan daripada Sham, pihaknya kini dalam proses untuk memfaraqkan pasangan itu kerana secara jelas berlaku penipuan dalam perkahwinan terbabit.
“Secara umumnya, wali mujbir atau wali akrab menjadi satu syarat utama sah sesebuah pernikahan, tetapi dalam kes ini berlaku manipulasi undang-undang apabila si anak lebih sanggup mengaku anak tidak sah taraf daripada meminta bapa kandung menjadi wali.
“Kes seumpama ini pernah berlaku apabila seorang wanita menipu dengan menggunakan sijil kematian palsu bapanya untuk bernikah secara berwali hakim. Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu difaraqkan serta-merta. Justeru, mengambil intipati perundangan sama tindakan tegas perlu diambil bagi kes ini,” katanya yang ditemui, semalam.
Beliau berkata, pasangan itu hanya boleh dinikahkan semula dengan berwalikan bapa kandungnya yang masih hidup kerana mengikut hukum syarak, perkahwinan tanpa wali mujbir tidak sah.
“Dalam kes ini, jurunikah juga bukan sekadar memastikan semua maklumat dalam borang nikah lengkap, malah sahih bukan bersikap sambil lewa.
“Malah, semua pihak yang mengetahui mengenai perkara ini, tetapi tidak menghalangnya wajib bertaubat kerana melakukan dosa besar selain melanggar undang-undang syariah,” katanya. – paapaada.blogspot
selengkapnya

Minggu, 09 Maret 2014

Kehilangan suami Um Radwan jadi tentera pemberontak Syria

5 Okt 2013

Kehilangan   suami yang terbunuh dalam peperangan melawan pasukan Bashar al Assad menumbuhkan dendam di dalam dirinya.

Kehilangan sang suami yang tewas dalam peperangan melawan pasukan Bashar al Assad menumbuhkan dendam di dalam dirinya.
©Reuters/Muzaffar Salman
Seorang tentera pemberontak wanita bernama Um Radwan ketika berada di wilayah Bustan al-Basha, Aleppo, Jumaat (4/10). Um Radwan menjadi tentera pemberontak semenjak dia ditinggal suaminya yang terbunuh dalam perang melawan pasukan Bashar al Assad.
  • Um Radwan berdiri sambil memegang senjata di salah satu markas tentara pemberontak di wilayah Bustan al-Basha, Aleppo, Jumat (4/10).
  • Um Radwan (kanan) duduk bersama tentara pemberontak lainnya di wilayah Bustan al-Basha, Aleppo, Jumat (4/10).
  • Um Radwan saat tengah melakukan latihan di wilayah Bustan al-Basha, Aleppo, Jumat (4/10).
  • Um Radwan saat berada di salah satu markas tentara pemberontak di wilayah Bustan al-Basha, Aleppo, Jumat (4/10).
merdeka.com
selengkapnya

Jumat, 28 Februari 2014

Pokok Jadi Saksi Ribuan Gadis Hilang Dara



Pokon  misteri ini tumbuh subur di bandar Minneapolis, pokok ini telah menjadi tempat bertemu ribuan Mahasiswa Universiti Minnesota

Jadi apa kaitan dengan kasut yang banyak tergantung di pokok tersebut? Kasut-kasut itu rupanya sebuah tradisi lama di mana setiap mahasiswa-mahasiswi yang kehilangan teruna dara maka dia akan menggantungkan salah satu kasutnya pada pokok tersebut.




Dengan kata lain pokok ini adalah saksi dari ribuan gadis yang kehilangan dara di Universiti tersebut.Selamba jer ...
selengkapnya