Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label jawab. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jawab. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

PAS tak mahu sekongkol Mahfuz jawab Mukhriz

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 25 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Persuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi keadilan serta menghormati wakil Pakatan Rakyat yang dipilih opada pilihan raya umum yang lalu.

Jelas beliau, pemberian jawatan exco bukan satu penyelesaian dan PAS tidak mahu bersekongkol dalam kegagalan mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sekarang.

"Bagi saya menawarkan jawatan exco itu bukan satu penyelesaian dan kita dari PAS tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan BN dalam penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.

"Jika Muhkriz telus mereka perlu berikan keadilan kepada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat terutama dalam menjadi sebagai wakil yang boleh menentukan check and balance pentadbiran kerajaan terutamanya dari soal memberi pendapat dan cadangan," jelas beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pernah membayangkan ingin melantik Adun PAS ke dalam barisan exco negeri itu ketika awal kemenangan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Mahfuz juga mengesa agar kerajaan turut menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan setiap aktiviti serta pembangunan dapat dijalankan di kawasan tersebut.

"Kerajaan Kedah juga perlu menyediakan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat agar rakyat yang memilih calon dari pembangkang akan turut sama dapat menikmati pembangunan.

"Kita tidak boleh menganaktirikan mereka yang mengundi, sebagai negara demokrasi hak mereka perlu kita penuhi, Muhkriz perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri BN yang lain," sambung beliau.

Mahfuz yang secara berseloroh sempat menyatakan sepatutnya Mukhriz menawarkan jawatan Menteri Besar bukannya exco kepada PAS, agar adun Umno tidak terpilih memegang jawatan exco tidak berasa kecewa.

selengkapnya

Jumat, 14 Februari 2014

Bukti jelas ulama Umno hanyut Asri jawab Fathul

sinarharian
25 Oktober 2012
Ustaz Asri
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panulis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.
selengkapnya