Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Sekurang kurangnya 464 Maut Tragedi Mesir


KAHERAH – Sekurang-kurangnya 464 orang maut dalam kekejaman terhadap penyokong Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi oleh pihak berkuasa pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 421 penduduk tempatan maut pada Rabu, jelas jurucakap kerajaan Mohammed Fathallah.

Tambah beliau, seramai 137 orang maut di kem utama pro-Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Manakala, seramai 57 maut di kem Dataran Nahda dan 227 maut di seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri Mesir turut mengesahkan seramai 43 anggota polis turut maut dalam serangan tersebut.

Angka tersebut dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menafikan jumlah tersebut dan mensasarkan lebih daripada 2,000 penduduk Mesir maut dalam serangan yang bermula pada Rabu itu.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: AFP

selengkapnya

Senin, 23 Desember 2013

Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya Karak 16 Oktober 2013




Gambar kemalangan maut di Lebuhraya Karak pada 16 Oktober 2013. Insiden itu berlaku pada awal 7 pagi dimana sebuah kereta perodua Alza yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 49 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Tiga anak beranak maut akibat kemalangan ngeri tersebut. Sepasang suami isteri yang maut dipercayai anggota tentera dan anak perempuan mereka turut terbunuh ditempat kejadian. Identiti mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.

Gambar Kemalangan Maut Di Lebuhraya Karak 16 Oktober 2013


kemalangan1

kemalangan2

sumber


selengkapnya

Selasa, 17 Desember 2013

Pemuda Maut Dibelasah Gara Gara Mencuri Pisang


Pemuda Maut Dibelasah Gara Gara Mencuri Pisang
Pemuda Maut Dibelasah Gara-Gara Mencuri Pisang - TANAH MERAH : Gara-gara didakwa mencuri pisang, nyawa seorang pemuda melayang apabila dibelasah sehingga mati dengan kayu oleh beberapa orang lelaki dalam kejadian di Kampung Rahmat Luar di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd. Khairul Azman Mohd. Shaufi yang berusia 37 tahun cedera parah di kepala setelah dibelasah oleh suspek-suspek sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.
Polis kemudian menahan empat lelaki yang berumur antara 28 hingga 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah dilihat oleh seorang suspek sedang memikul seguni pisang di Kampung Jakar di sini yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Rahmat Luar.
“Suspek cuba menangkap si mati, berlaku pergelutan tetapi mangsa berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ.
“Selepas itu, suspek telah memaklumkan kepada bapa saudara dan dua lagi rakannya untuk mencari mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Abdul Aziz seterusnya berkata, empat lelaki itu kemudian terserempak dengan mangsa di Kampung Rahmat Luar dan memukulnya sehingga cedera parah.
Mohd. Khairul yang bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai isteri serta empat orang anak disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.
“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan,” katanya.
Abdul Aziz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan mangsa didapati mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah. – Kosmo
selengkapnya