Sabtu, 01 Maret 2014
Sekurang kurangnya 464 Maut Tragedi Mesir
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 464 orang maut dalam kekejaman terhadap penyokong Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi oleh pihak berkuasa pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 421 penduduk tempatan maut pada Rabu, jelas jurucakap kerajaan Mohammed Fathallah.
Tambah beliau, seramai 137 orang maut di kem utama pro-Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya.
Manakala, seramai 57 maut di kem Dataran Nahda dan 227 maut di seluruh negara.
Kementerian Dalam Negeri Mesir turut mengesahkan seramai 43 anggota polis turut maut dalam serangan tersebut.
Angka tersebut dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menafikan jumlah tersebut dan mensasarkan lebih daripada 2,000 penduduk Mesir maut dalam serangan yang bermula pada Rabu itu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar