Social Icons

Pages

Senin, 17 Februari 2014

Bangga Wakili Malaysia Di Festival Muzik Asia


Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai penyanyi berbakat besar, Bob Yusof yang digilap bakatnya menerusi program realiti popular Akademi Fantasia musim kedua.

Terbaru, penyanyi kelahiran Sarawak ini telah terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Festival Muzik Asia yang bakal berlangsung di East Wood Valley Golf & Country Club, Miri pada petang ini.

Bob menyatakan dia berasa cukup bertuah apabila dapat bersama mengadakan persembahan sebaris dengan penyanyi luar dari serantau negara Asia.

“Sebenarnya, saya berasa amat teruja dan bangga apabila diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke acara atau konsert peringkat Asia ini. Malah, rasa cukup bertuah sekali kerana saya dapat bersama penyanyi-penyanyi dari negara-negara Asia lain dalam acara yang julung kalinya diadakan ini,” katanya memetik laporan portal Murai.

AMF merupakan 2 hari acara muzik yang menggabungkan pemuzik serta penyanyi dari negara-negara Asia seperti Indoa, Korea, Indonesia, Brunei, Filipina termasuk Malaysia.

Bob akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu rakyat dan tradisional selama 1 jam yang terdiri daripada lagu Zapin Beradat dan lagu rakyat Sarawak untuk diperdengarkan kepada hadirin yang hadir pada festival tersebut.

Apa-apa pun selamat maju jaya buat Bob!

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar