Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Maret 2014
NGERI Suami Isteri Terbunuh Hanya Kerana Hendak Parkir Kereta!
Tragedi malang menimpa sebuah keluarga di China apabila sepasang suami isteri terbunuh hanya disebabkan hendak meletakkan kereta di ruang parkir.
Kejadian yang berlaku awal malam Selasa lalu bermula apabila si suami turun dari kereta dan menunggu di belakang petak parkir.
Ini bagi membolehkan dia memberikan arahan pada si isteri yang berada di tempat duduk pemandu.
Malangnya kereta itu diundur dengan terlalu laju lalu menghimpit tubuh suaminya itu ke dinding.
Mendengar jeritan kuat suaminya yang meraung kesakitan, si isteri menghulurkan wajahnya ke luar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Disebabkan terlalu panik, si isteri tertekan pedal minyak dengan kuat, akibatnya kereta tersebut semakin laju berundur ke belakang.
Sudahnya bukan saja si suami terus terperosok ke dinding, kepala isterinya juga parah kerana terhentak di tiang garaj!
Akhirnya si isteri mati di tempat kejadian, si suami meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Apa yang menyedihkan, anak mereka yang berusia enam tahun itu turut menyaksikan semua ini ‘live’ di depan mata kerana turut berada dalam kereta itu ketika tragedi tersebut berlaku.
Inilah yang dikatakan MALANG TIDAK BERBAU… sumber
Rabu, 26 Februari 2014
Kerana lobak merah lelaki ini ceraikan isterinya
RAMALLAH - Setiap pasangan yang hendak berpisah tentu memiliki alasan masing-masing. Namun di Palestin seorang pria dilaporkan menceraikan isterinya hanya kerana persoalan kecil.
Lelaki yang tidak disebutkan identitinya itu dilaporkan menceraikan sang isteri kerana perempuan yang dinikahinya itu lupa menambahkan carrot di hidangan kacang polong favoritnya. Kejadian ini sendiri terjadi pada awal Ramadhan lalu. Demikian seperti dilansir Emirates247, Minggu (29/7/2012).
Kisah ini diawali ketika lelaki itu tiba dirumah sesaat sebelum waktunya berbuka puasa. Dia terus menuju ke dapur untuk memeriksa masakan yang akan disajikan oleh isterinya .
Ketika ia mengangkat tutup panci ia tidak menemukan adanya potongan carrot yang dicampurkan dengan kacang polong. Lelakiini pun langsung memanggil sang isteri untuk menanyakan hal tersebut.
Isterinya mengaku dia lupa menambahkan carrot. Lelaki ini pun terus menceraikan isterinya beberapa minit sebelum ia berbuka puasa.(rhs)okezone.com
Lelaki yang tidak disebutkan identitinya itu dilaporkan menceraikan sang isteri kerana perempuan yang dinikahinya itu lupa menambahkan carrot di hidangan kacang polong favoritnya. Kejadian ini sendiri terjadi pada awal Ramadhan lalu. Demikian seperti dilansir Emirates247, Minggu (29/7/2012).
Kisah ini diawali ketika lelaki itu tiba dirumah sesaat sebelum waktunya berbuka puasa. Dia terus menuju ke dapur untuk memeriksa masakan yang akan disajikan oleh isterinya .
Ketika ia mengangkat tutup panci ia tidak menemukan adanya potongan carrot yang dicampurkan dengan kacang polong. Lelakiini pun langsung memanggil sang isteri untuk menanyakan hal tersebut.
Isterinya mengaku dia lupa menambahkan carrot. Lelaki ini pun terus menceraikan isterinya beberapa minit sebelum ia berbuka puasa.(rhs)okezone.com
Minggu, 23 Februari 2014
Pensyarah disiasat kerana cerca pemimpin PAS dalam kempen
November 18, 2013
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.
Dalam majlis Liqa Fikri (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.
"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Selain kes di Perak itu, Jawatankuasa Pemilihan PAS juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat terhadap calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.
Dalam poster yang disebar luas dalam Facebook itu, muka Zulhazmi diletakkan gambar anjing bersama muka dua lagi calon ketua pemuda iaitu Suhaizan Kayat dan Kamaruzaman Mohamad.
"Kita sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika mempunyai bukti kita akan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk bertindak ke atas orang berkenaan," kata Asmuni.
Selain kedua-dua kes itu, jawatankuasa yang dipimpin Asmuni itu juga menerima lima lagi aduan daripada pelbagai pihak dalam PAS yang membuat aduan tentang perjalanan kempen menjelang Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini.
Sebelum ini, Asmuni dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Ini termasuklah pelanggaran peraturan yang melibatkan persaingan tidak sihat seperti terdapatnya unsur sabotaj bagi menjatuhkan calon lain. – 18 November, 2013. The Malaysian Insider
Kamis, 20 Februari 2014
Ramai lagi akan ditahan kerana menghina Sultan Johor
Susan Loone

Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.
Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam
beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.
"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.
Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.
Ahmad ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.
Anggota polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.
kerengga
Rabu, 05 Februari 2014
4 penyanyi dijel kerana hina polis
myMetro 24 Mac 2013
Tunis: Empat penyanyi rap yang dituduh mengtinjauankan klip video menghina polis dijatuhi hukuman dua tahun penjara tanpa kehadiran mereka, kata seorang daripada peguam tertuduh semalam.
Mahkamah di wilayah Ben Arous di utara Tunisia menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap Sabrine Klibi dan Mohamed Elhedi Belgaied Hssine, manakala empat lagi, termasuk penyanyi rap Weld El 15 dihukum dua tahun penjara, kata Ghai Mrabet kepada stesen radio Kalima. Mereka dituduh “bersekongkol melakukan keganasan dan menghina penjawat awam,” selain menjejaskan ketenteraman awam. Hanya Sabrine aktres dalam video itu dan jurukamera, Mohamed Elhedi yang ditahan pada awal Mac lalu hadir di mahkamah, manakala tertuduh yang lain masih bebas. - AFP
Langganan:
Postingan (Atom)