Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

Laporan palsu Tian lapor polis mahu cybertroopers Umno disiasat

KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger pro Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Laporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq.

Beliau mahu mereka yang terlibat disiasat.
Ia ekoran berita palsu menuduh beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai ‘mati katak’ dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.
Sedangkan ketika itu, beliau menghadiri ceramah KEADILAN di Tangkak Johor.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.
“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian dalam kenyataan berhubung fitnah itu pagi tadi.
Tian ditemani Setiausaha, Rozan Azen Mat Rasep.
Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
selengkapnya

Sabtu, 15 Februari 2014

Polis Minta Henti Provokasi Kes Tembak


GEORGETOWN – Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menggesa anggota kongsi gelap supaya berhenti daripada mempertikai tindakan polis membanteras kegiatan jenayah berat dan memprovokasi kes tembak terhadap lima penjenayah di sini Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa identiti anggota kongsi gelap yang bertindak mempamerkan kain rentang yang tertera logo kongsi gelap ketika upacara pengkebumian lima lelaki terbabit semalam.

“Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka mangadakan perarakan semasa pengkebumian itu.

“Selain itu kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar di sini hari ini.

Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.

Mengulas mengenai Ops Cantas hari ini, Abdul Rahim berkata operasi itu melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan mereka ditempatkan di 12 lokasi di negeri ini.

Katanya polis akan menahan suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah berat termasuk individu yang pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan setiap anggota polis dilengkapi pakaian khas sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.

Beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan Sabtu lalu, seramai 16 lelaki telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan berat di seluruh negeri ini dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah. – BERNAMA

selengkapnya

Rabu, 05 Februari 2014

4 penyanyi dijel kerana hina polis

myMetro 24 Mac 2013

Mahkamah di wilayah Ben Arous di utara Tunisia menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap Sabrine Klibi dan Mohamed Elhedi Belgaied Hssine, manakala empat lagi, termasuk penyanyi rap Weld El 15 dihukum dua tahun penjara, kata Ghai Mrabet kepada stesen radio Kalima. Mereka dituduh “bersekongkol melakukan keganasan dan menghina penjawat awam,” selain menjejaskan ketenteraman awam. Hanya Sabrine aktres dalam video itu dan jurukamera, Mohamed Elhedi yang ditahan pada awal Mac lalu hadir di mahkamah, manakala tertuduh yang lain masih bebas. - AFP

selengkapnya