Rabu, 05 Februari 2014
4 penyanyi dijel kerana hina polis
myMetro 24 Mac 2013
Tunis: Empat penyanyi rap yang dituduh mengtinjauankan klip video menghina polis dijatuhi hukuman dua tahun penjara tanpa kehadiran mereka, kata seorang daripada peguam tertuduh semalam.
Mahkamah di wilayah Ben Arous di utara Tunisia menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap Sabrine Klibi dan Mohamed Elhedi Belgaied Hssine, manakala empat lagi, termasuk penyanyi rap Weld El 15 dihukum dua tahun penjara, kata Ghai Mrabet kepada stesen radio Kalima. Mereka dituduh “bersekongkol melakukan keganasan dan menghina penjawat awam,” selain menjejaskan ketenteraman awam. Hanya Sabrine aktres dalam video itu dan jurukamera, Mohamed Elhedi yang ditahan pada awal Mac lalu hadir di mahkamah, manakala tertuduh yang lain masih bebas. - AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar