Social Icons

Pages

Kamis, 20 Februari 2014

Ramai lagi akan ditahan kerana menghina Sultan Johor

Susan Loone
Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.

Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam
beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Ahmad Abd Jalil 2Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.

Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.

"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.

Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.

Ahmad ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.

Anggota polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.

kerengga


Tidak ada komentar:

Posting Komentar