Selasa, 04 Maret 2014
Jutawan Indonesia Beli Kelab Inter Milan
Semakin ramai jutawan dan billionair dari Asia yang berminat membeli saham kelab bola sepak terkemuka dunia.
Terbaru, seorang ahli perniagaan dan jutawan dari Indonesia, Erick Thohir, 43, dilaporkan telah membeli majoriti saham kelab ternama Itali, Inter Milan.
Pembelian itu telah pun disahkan oleh presiden kelab tersebut, Massimo Moratti.
Menurut Moratti yang sudah berjumpa dua kali dengan jutawan tersebut, “Thohir sudah menandatangani dokumen jual beli tersebut”.
Menerusi laporan media Itali, Thohir perlu membeli lebih 70 peratus saham sebelum menguasai sepenuhnya kelab terbabit.
Inter merupakan salah satu daripada tiga kelab utama di Itali selain AC Milan dan juara Serie A 2013, Juventus.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar