Social Icons

Pages

Selasa, 11 Maret 2014

Wajah Ibu Tiri Yang Berdepan Kemungkinan Hukuman Gantung

ibu tiri


Seorang wanita berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun di Tumpat, bulan lalu.
Tertuduh, Azlinda Othman, 28, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed di sini, semalam.
Bagaimanapun, ketika prosiding tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Azlinda didakwa membunuh Umi Amilia Azman, 5, di hujung Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara jam 3 petang hingga jam 8.56 pagi pada 23 Mac hingga 24 Mac 2013.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamed tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh.
Mahkamah menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi laporan perubatan mangsa. Peguam K H Tay yang mewakili tertuduh tidak mengemukakan sebarang rayuan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan mati di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dipercayai didera ibu tirinya.
Mangsa dikatakan didera ibu tirinya dengan tidak diberi makan selama dua hari selain mengalami kecederaan pada usus besar.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dua kesan pecah pada usus besar selain kecederaan pada buah pinggang kirinya. -Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar