Rabu, 12 Maret 2014
Lalat Balas Dendam Ke Atas Presiden Barack Obama
WASHINGTON – Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin.
Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika.
Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.
Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.
Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya.
Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu.
“‘Orang ini’ (lalat) mengganggu saya di sini,” katanya.
Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.
Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi
**Gangguan lalat kali kedua ke atas Barack ini telah dijadikan bahan lawak pihak tertentu di Amerika Syarikat dengan mengatakan serangga itu mahu membalas dendam.
Video pertama di bawah ini adalah ketika kejadian 2009 manakala video selepas itu adalah untuk kejadian terbaru.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar