Social Icons

Pages

Sabtu, 08 Februari 2014

Isu Kalimah Allah Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Hj Salleh sama pandangan


Isu Kalimah Allah ...

Isu ini terdapat dua pandangan ulama , ada yang membenarkan agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah 
tetapi 
Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah pertahankan kalimah Allah 


Tuan Guru Hj Salleh Musa berpendapat seperti pendapat Tuan Guru Dato Haron Din yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah kepada kristian kerana beberapa sebab 
1 : Kristian tidak mentauhidkan Allah maka tidak Kristian hanya menggunakan kalimah "God "
2:  Bagi memelihara kalimah Allah agar tidak dicemari dan tidak dihina oleh agama lain yang 
     tidak faham kedudukan kaimah mulia itu wajib dihirmati dan tidak boleh dihina seperti 
     dipijak , diletakkan ditempat najis atau dipijak dan sebagainya 
3:  Supaya Islam tidak dicemari , supaya menjaga agama Islam dari dipandan sama dengan agama lain contohnya jika remaja kini yang tidak mendalami agama apabila lihat kalimah Allah berada dalam masjid dan dalam masa yang sama ada dalam gereja , boleh jadi remaja yang tidak faham agama anggap agama semua sama sedangkan agama yang Allah Redha Hanya Islam .....

Oleh Sebab itu ulama yang wara tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian !!!
Sedangkan ulama yang membenarkan itu pandang dari sudut yang berbeza. 

Bagi pandangan peribadi saya , saya sokong hujjah Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah

Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah



Tuan Guru Haji Hadi dengan pandangan beliau , ini pendapat beliau membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi bersyarat bukan seperti tuduhan UMNO dan orang yang tidak faham isu menuduh Tn Guru Hj Hadi 


Isu Kalimah Allah- Helmi Assyafie




Kalimah Allah: Pandangan Tn Guru Hj Hadi Awang 

Abdul Hadi Awang,08 Jan 2013
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam (ahli kitab) dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan Ente, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah Ente bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran: 64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

UMNO , PERKASA , PEKIDA Jangan main isu ini untuk lagakan PAS dengan Sultan .

Sultan Selangor mempertahankan kalimah Allah dan tidak membenarkan kepada agama lain selain Islam untuk gunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang baik demi menjaga kedaulatan Islam di Selangor Khasnya dan Malaysia amnya .
Jangan panaskan keadaan . Isu ini isu khilaf ulama yang berlainan pandangan boleh bersatu , mengapa kita yang bukan ulama nak bergaduh dengan isu ini .
Bertindak cara matang bukan dengan nafu ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar