Social Icons

Pages

Sabtu, 22 Februari 2014

Lepas nikah dapat talak 3

Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.

Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. 

Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju. 

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.

SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin (gambar bulat) yang diterimanya.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar