Anda sudah menonton filem James Bond iaitu Skyfall?
Perasankah anda terdapat satu lokasi dalam filem itu adalah tempat terbiar dan usang?
Tahukah anda lokasi itu adalah lokasi yang digunakan oleh penjahat homoseksual Raoul Silva sebagai markas utama untuk dia membalas dendam terhadap orang yang mengkhianatinya iaitu Ejen M.
Sebenarnya, lokasi itu adalah Pulau Hashima yang terletak di Nagasaki.
Malah, Pulau Hashima mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Pulau Hashima itu bererti Pulau Batas dan juga mempunyai nama lain iaitu Gunkanjima yang bermaksud Pulau Peperangan.
Bukan itu sahaja, ramai yang memanggil pulau itu sebagai pulau berhantu. Kenapa?
Pulau itu kaya dengan tinjauan arang batu di mana merupakan sumber terpenting untuk industri ketika itu.
Syarikat Mitsubishi Corporation telah membuka pulau itu menjadi pulau yang termaju selepas sumber mineral ditemui di Pulau Hashima.
Dari tidak mempunyai apa-apa infrastruktur, pulau itu telah membangun pada tahun 1959 dengan kemudahan awam yang lengkap.
Pulau itu dibangunkan untuk kegunaan pekerja-pekerja kilang arang batu itu di mana perumahan, teater, pusat membeli-belah, kelab malam, restoran dan sebagainya dibina dengan lebih pesat.
Dengan pembangunan yang cepat ketika itu, ia telah menjadikan Pulau Hashima sebagai kawasan dengan penduduk yang padat di dunia di mana seramai 5,259 penduduk telah menetap di pulau itu.
Tetapi, pada tahun 1974, penggunaan arang batu semakin menurun berikutan sumber lain telah dijumpai iaitu sumber minyak mentah.
Ahli lembaga tertinggi dalam Mitsubishi Corporation telah mengambil keputusan untuk menutup syarikat arang batu itu.
Sejak dari itu, ramai penduduk di pulau itu telah berpindah dan berhijrah ke kawasan lain.
Disebabkan kosong dan terbiarlah orang ramai memanggil pulau itu sebagai Pulau Hantu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar