Social Icons

Pages

Minggu, 02 Februari 2014

Sembunyikan TV 42 Inci Di Celah Kangkang


Norway – Sepandai pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Itu yang berlaku kepada seorang wanita yang cuba mencuri sebuah televisyen berukuran 42 inci.
Lebih melucukan, wanita itu menyangka dapat menyembunyikan perbuatannya itu dengan mengepit televisyen berkenaan di antara dua pahanya di bawah skirt.
Namun apa yang berlaku, sebaik sahaja dia keluar daripada kedai yang terletak di bandar Oslo itu, dia telah diberkas selepas seorang pekerja curiga dengan aksi peliknya ketika berjalan.
Wanita itu melakukan perbuatan tersebut bersama kekasihnya, seorang lelaki Romania.
Polis yang menahan mereka agak pelik, bagaimana wanita itu boleh membawa televisyen berharga £3,000 itu dengan mengepit di celah kangkangnya sahaja.
Ketika ditanya pada pasangannya, lelaki itu memberitahu bahawa teman wanitanya itu mempunyai otot kaki yang kuat.
Kejadian itu berlaku di pusat beli belah Elkjøp.
Dalam pada itu, ketua polis Oslo, Tor Grottom berkata, agak luar biasa apabila pencuri berjaya menyembunyikan barang yang besar di bawah skirt mereka.
“Pada mulanya kita tertanya-tanya bagaimana dia membawa benda yang besar itu, dan selepas seorang anggota polis wanita melakukannya, ternyata ia akan sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil,’’ katanya. - Informasi.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar